


PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
KARNIVAL HOKI SSTMI 6S BAWAH 12 TAHUN (LELAKI & PEREMPUAN) 6-8HB FEB 2026
PERATURAN & UNDANG-UNDANG
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Kejohanan ini dilangsungkan mengikut undang-undang terkini “THE INTERNATIONAL HOCKEY RULES BOARD” yang dikeluarkan oleh FIH serta peraturan am Konfederasi Hoki Malaysia (MHC). Sedikit pengubahsuaian berkenaan saiz padang dan saiz kotak D telah dibuat untuk melancarkan perjalanan keseluruhan karnival ini.
Sila rujuk lakaran ukuran padang yang disertakan bersama.
-
Semua pukulan forehand,reverse stick, tomahawk boleh digunakan.
-
Semasa pukulan pc, 5 pemain di dalam gol termasuk penjaga gol
-
Kedudukan ‘run-out’ semasa pc adalah sama seperti perlawanan biasa.
2. KELAYAKAN PEMAIN
-
Semua pemain mesti berumur di bawah 12 tahun (mengikut sesi persekolahan KPM) serta lahir pada atau selepas 1 Januari 2014
3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Setiap pasukan boleh mendaftar maksimum 9 orang pemain dengan komposisi 6
bermain dan 3 simpanan.Penjaga gol mesti ada pada setiap masa perlawanan.
(Format power play tidak digunapakai dalam karnival ini)
4. JERSI DAN WARNA PASUKAN
4.1 Setiap pasukan perlu menyediakan 2 set jersi dengan warna yang berbeza. Warna
berbeza melibatkan jersey pemain, seluar atau skirt, stokin dan jersey penjaga gol.
4.2 Bip akan disediakan jika berlaku pertindihan warna jersi pasukan.
5. FORMAT KEJOHANAN
5.1 Undian kumpulan dilakukan oleh penganjur.
5.2 Pusingan pertama 8 kumpulan akan dibentuk dengan 5 pasukan setiap kumpulan.
Bermain secara round robin. Bermula pusingan kedua dan seterusnya format
akan dipecahkan kepada kategori Cup & Plate.
5.3 3 mata untuk menang, 1 mata untuk seri, 0 mata untuk kalah.
5.4 Jika mata sama diperolehi oleh 2 atau lebih pasukan (dalam kumpulan),
kedudukan akhir akan ditentukan mengikut turutan berikut :
5.3.1 Beza Jaringan (Jumlah gol jaring tolak jumlah gol bolos)
5.3.2 Jumlah gol yang dijaringkan
5.3.3 Rekod ‘head to head’
5.5 Jika masih gagal menentukan kedudukan akhir berdasarkan ketetapan di atas
satu pertandingan Penalty Stroke Sudden Death (Format 1) akan
dilangsungkan. Lambungan syiling akan dilakukan. Pasukan yang menang
lambungan syiling, boleh memilih untuk menyerang (mengambil penalty stroke)
atau bertahan (menjaga gol). Jika pasukan yang menang lambungan syiling itu
memilih untuk menyerang dan gagal menyempurnakan penalty stroke itu,
pasukan lawan akan terus dikira sebagai pemenang.
5.6 Johan dan naib johan kumpulan akan layak ke pusingan kedua kategori Cup.
Tempat ketiga dan keempat kumpulan akan beraksi di pusingan kedua Plate.
Tempat kelima dalam kumpulan akan tersingkir.
5.7 Untuk pusingan kedua hingga perlawanan akhir, pertandingan Penalty
Stroke (Format 2) akan diadakan jika berlaku keputusan seri.
5.8 PENALTY STROKE (Format 2)
5.8.1 Mana-mana tiga (3) pemain yang didaftarkan dalam perlawanan tersebut boleh
mengambil pukulan penalty stroke kecuali mereka yang sedang menjalani
penggantungan kekal (kad merah).
5.8.2 Set pertama,3 pemain dari setiap pasukan akan mengambil pukulan penalty
stroke sehingga pemenang ditentukan. Jika masih berlaku seri, lambungan
syiling akan dilakukan. Pasukan yang menang lambungan syiling, boleh
memilih untuk menyerang (mengambil penalty stroke) atau bertahan (menjaga
gol). Jika pasukan yang menang lambungan syiling itu memilih untuk menyerang
dan gagal menyempurnakan penalty stroke itu,, pasukan lawan akan terus
dikira sebagai pemenang. Jika pasukan yang menang lambungan syiling itu,
memilih untuk menjaga gol dan pasukan lawan gagal menjaringkan gol, pasukan
bertahan tadi dikira sebagai pemenang. (Sama format seperti Penalty Stroke
Sudden Death Format 1).
6. MASA PERMAINAN
6.1 Setiap perlawanan akan dilangsungkan selama 10 minit secara terus dari pusingan
pertama sehingga perlawanan akhir.
6.2 Bagaimanapun, untuk perlawanan akhir kategori CUP sahaja, perlawanan
akan dilangsungkan mengikut masa 8-1-8.
6.3 Masa tidak akan dihentikan semasa pukulan pc dan setelah gol dijaringkan.
6.4 Masa hanya akan diberhentikan oleh pengadil jika berlaku kecederaan serius
kepada pemain.
7. TINDAKAN DISIPLIN/ PENGGANTUNGAN
7.1 Mata demerit akan diberikan seperti berikut :-
7.1.1 Kad Hijau – 2 mata – Sinbin selama 1 minit
7.1.2 Kad Kuning – 4 mata- Sinbin selama 3 minit
7.1.3 Kad Merah – 8 mata
7.2 Tindakan disiplin adalah berdasarkan mata demerit :-
7.2.1 08 mata demerit – penggantungan 1 perlawanan
7.2.2 12 mata demerit – penggantungan 2 perlawanan
7.2.3 16 mata demerit – penggantungan 3 perlawanan
7.2.4 20 mata demerit – penggantungan baki perlawanan sehingga habis
*Untuk PENGGANTUNGAN PERLAWANAN, mata demerit dikira dari kad kuning dan kad merah sahaja.
8. PERKARA-PERKARA LAIN
8.1 Jawatankuasa Kejohanan berhak untuk mengubah dan meminda peraturan
berkaitan teknikal kejohanan jika berlaku perkara yang di luar kawalan seperti
hujan lebat, kilat dan apa apa insiden yang menyebabkan perlawanan tidak dapat
dilangsungkan mengikut jadual.
8.2 Jika berlaku hujan lebat dalam masa yang lama dan mengganggu kelancaran
perlawanan, perlawanan akan ditukar menjadi pertandingan Penalty Stroke
(Format 3). Setiap pasukan diberikan 4 kali percubaan mengambil penalty stroke.
Jika selepas 4 kali, masih tiada pemenang, penalty stroke sudden death akan
dijalankan, dengan pemenang lambungan syiling akan memilih untuk mengambil
pukulan penalty stroke (menyerang) atau menjaga gol (bertahan).
8.3 Semua keputusan jawatankuasa teknikal adalah muktamad. Sebarang keputusan
berkaitan kejohanan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sebarang bentuk
PROTES adalah tidak dibenarkan.
8.4 Pasukan yang gagal hadir ke padang perlawanan pada masa yang ditetapkan
akan dikira kalah dengan jaringan 3-0. (WALK OVER)
Setiap pasukan di berikan masa 2 minit sahaja untuk berada di padang
perlawanan. Sila semak jadual dan berhubung dengan urusetia untuk sebarang
pertanyaan.
8.4 Pasukan yang gagal hadir ke padang perlawanan atau menarik diri setelah
bermain dalam perlawanan awal, akan menyebabkan semua keputusan
perlawanan yang melibatkan pasukan tersebut dibatalkan dan tidak diambil
kira. (DISQUALIFIED).
